Monday, August 03, 2009

khotbah Ahad 2.8.2009(Defining Moment)

Saya sangat diberkati apabila menghadiri kebaktian ahad di gereja SIB Likas(BM)hari ini. Puji-pujian diangkat kepada Tuhan dengan penuh sukacita dan penuh syukur. Rev, Kindah J Greening dari Goald Coast Australia melayani(Diterjemak oleh Pta.William Pan)dengan Khotbah beliau yang sederhana tapi sangat menyentuh peribadi saya (Saya juga percaya ramai jemaat). Rev. mengkhotbahkan firman Tuhan yang diambil dari Lukas 2:39-46 yang bertajuk "DEFINING MOMENT". Ini telah membuat fikiran saya terbuka akan banyak hal yang sebelum ini saya anggap tidak serius. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah memakai Rev. Kindah untuk mengingatkan kami kembali tentang sesuatu yang sebenarnya membuat kita berfikir dengan baik sabagai seorang insan apatah lagi sebagai seorang Kristian. Firman yang lain juga termasuk Yohanes 6:66. Pada penghujung khotbah, ramai yang datang untuk didoakan dan saya pasti Tuhan telah menyentuh ramai orang selain saya sendiri. Saya juga dapat belajar tentang cara menyampaikan khotbah yang sederhana tapi sangat memberkati. Tuhan Yesus, terima kasih kerana mengasihi kami walaupun kami orang yang berdosa. Ajar kami melakukan kehendak Mu dan bukan kami tapi biarlah Tuhan yang terus bekerja melalui hambu Mu ini. Amen

No comments: